Sistem Swiss merupakan sistem terbaik untuk pertandingan catur terutamanya yang melibatkan jumlah peserta yang ramai. Ia merupakan kombinasi Sistem "Round Robin" dan Sistem "Knock-out". Ia memiliki ciri-ciri Sistem "Round Robin" di mana setiap pemain akan terus bermain tidak kira samada dia menang, seri atau kalah. Dalam masa yang sama ia mempunyai ciri-ciri Sistem "Knock-out" di mana seseorang pemain yang kalah beberapa perlawanan terawal tidak berpeluang untuk bertemu dengan pemain-pemain teratas.
Ada tiga peraturan utama untuk melaksanakan sistem ini iaitu :
- Seorang pemain tidak akan bertemu dengan pemain lawan yang sama lebih dari sekali.
- Setiap pemain akan dipasangkan dengan pemain lain yang mempunyai mata yang sama atau sekurang-kurangnya hamoir sama.
- Seboleh-bolehnya setiap pemain akan diberi jumlah perlawanan yang sama banyak untuk buah Putih dan Hitam.
Dalam sistem ini, pemain-pemain akan disenaraikan mengikut rating. Pemain teratas akan dipadankan atau di"pairing"kan dengan pemain ditengah-tengah. Pemain akan diberi satu markah jika menang, setengah (1/2) jika seri dan tiada markah jika kalah.
Sumber :
- Teach Yourself Chess oleh B.K. Chaturdevi
- http://www.chessctr.org/primer.php