Gelaran "Grandmaster" atau GM merupakan anugerah tertinggi kepada pemain-pemain catur yang dikurniakan oleh Pertubuhan Catur Dunia atau lebih dikenali sebagai FIDE. Tidak kira lelaki atau wanita gelaran ini boleh diperolehi setelah syarat dan kriteria yang diperlukan telah diperolehi. Di antara syarat-syaratnya ialah mempunyai ELO rating 2500 ke atas.
Gelaran "Grandmaster" ini mula dianugerahkan kepada 5 orang pemain terbaik di Pertandingan St Petersburg 1914 oleh Tzar Rusia. Mereka adalah Emanuel Lasker, Jose Raul Capablanca, Alexander Alekhine, Siegbert Tarrasch, dan Frank Marshall. Lasker, Capablanca dan Alekhine merupakan juara-juara dunia.
Setakat ini hampir 600 orang yang telah mendapat gelaran "Grandmaster".
Sumber ruj: